5 pakej wifi bawah 100 ringgit sebulan
Senarai ini dibuat untuk membantu anda membuat pilihan nak ambil pakej internet mana satu untuk kegunaan seisi rumah.
Yang mana akan meringkaskan perkara penting seperti:
- Kelajuan – Download & Upload speed
- Harga – Harga per mbps
- Limited atau unlimited – Kita mahu yang unlimited
- Liputan (coverage) – Ada tak dalam kawasan kita
- Kontrak – berapa lama kontrak
- Cas pemasangan & pemindahan – cas jika nak pasang atau pindah
- Tawaran lain – Pakej lain yang disertakan
Senarai Pakej Internet Terbaik untuk Rumah
- TIME Fibre 100Mbps Home Broadband – Terbaik (RM99)
- Celcom Home Fibre 30Mbps (RM80)
- Unifi 30Mbps (60GB / Unlimited / +Unifi Plus Box) (RM89)
- Maxis Fibre 30Mbps (RM89)
- Digi Internet Freedom 90 (50Mbps) (RM90)
TIME Fibre 100Mbps Home Broadband – Terbaik
Pakej terbaik dari segi kelajuan dan juga kos per Mbps.
Liputan: Periksa liputan TIME di kawasan anda.
Tawaran lain: Diskaun RM100 untuk bill pertama, router TP-Link EC230, TIME Voice Home Basic bayar ikut penggunaan.
Kontrak: Boleh pilih tiada kontrak (Tambahan RM400) dan 24 bulan kontrak (tiada cas tambahan).
Cas pemasangan: Tiada cas pemasangan akan dikenakan untuk pemasangan standard.
Cas tambahan jika penggunaan kabel optik melebihi 20 meter dari rumah ke tiang pembahagian untuk rumah jenis biasa, dan lebih 6 meter untuk rumah jenis apartment (6 meter dari soket sedia ada apartment).
Anda boleh rujuk juga bahagian soalan berbangkit TIME FAQ untuk infomasi tambahan.
Celcom Home Fibre 30Mbps
Alternatif untuk pakej internet rumah terbaik dan termurah selain Unifi di Sabah.
Tawaran khas untuk penduduk Sabah. Anda boleh mengambil pakej Celcom Fibre RM59 dengan kelajuan 20Mbps download/upload speed. Tawaran ini tamat pada 31 December 2020.
Sebagai pengguna Celcom anda mempunyai kelebihan untuk mendapatkan pelbagai jenis tawaran daripada Celcom Rewards. Anda boleh tengok Celcom Rewards ini melalui aplikasi celcom: Celcom Life
Liputan: Periksa liputan di kawasan anda.
Kontrak: 24 bulan kontrak. Cas RM500 akan dikenakan jika nak tamatkan kontrak awal.
Jika nak pindah rumah, cas pemindahan akan dikenakan sebanyak RM200.
Cas pemasangan: Tiada cas pemasangan akan dikenakan untuk pemasangan standard.
Cas tambahan jika penggunaan kabel optik melebihi 30 meter dari rumah ke tiang terdekat atau permintaan untuk installation bukan standard.
Lain-lain: Telefon tiada dibekalkan. Kena beli sendiri. Kadar panggilan adalah 10sen/minit untuk semua nombor tempatan.
Unifi 30Mbps (60GB / Unlimited / +Unifi Plus Box)
Unifi 30Mbps tampil dengan 3 pilihan bermula daripada RM79 ke RM149. RM89 adalah pakej standard iaitu internet unlimited.
Cas tambahan RM100 akan dikenakan untuk pendaftaran secara online.
Untuk ELAK cas tambahan RM100 anda kena pergi ke TM Point terdekat atau daftar dengan: TM(unifi) Authorised Dealer
Pilihan alternatif: Pakej unlimited + Unifi Plus Box (RM149/bulan), Limited data 60Gb/bulan (RM79/bulan).
Pakej bersama Unifi Plus Box disertakan dengan TV Pakej Ultimate dan 6 bulan akses percuma untuk Viu dan YuppFlix (channel streaming movie, drama dan tv series).
Tawaran lain: Pilihan tambahan RM15/bulan bagi pakej unlimited + Unifi Plus Box (Untuk menstabilkan sambungan wifi dalam rumah).
Kontrak:24 bulan kontrak.
Cas pemasangan & lain-lain: Tiada cas pemasangan akan dikenakan untuk pemasangan standard (50 meter dari tiang).
Tiada cas pemindahan akan dikenakan jika anda pindah rumah di tempat / daerah / negeri lain. Cas RM300 akan dikenakan untuk pemindahan di tempat yang sama.
Maxis Fibre 30Mbps
Disertakan tawaran untuk memiliki 50″ Samsung 4K TV dengan bayaran secara ansuran.
Tawaran lain: Tambahan ansuran RM25/bulan untuk Mesh Wifi dan RM79/bulan untuk 50″ Samsung 4K TV (tanpa bunga sehingga habis bayar).
Atau Apple TV dengan secara ansuran dalam program zerolution dengan tambahan bermula RM39/bulan hingga habis bayar.
Disertakan telefon DECT percuma untuk panggilan. Tambahan RM10/bulan dikenakan untuk pakej unlimited call.
Jika tak berminat boleh pilih servis telefon guna baru bayar dengan kadar RM0.09/minit untuk panggilan tempatan.
Kontrak: 24 bulan kontrak. Jika nak habis awal kena bayar RM500.
Cas pemasangan: Tiada cas pemasangan akan dikenakan untuk pemasangan standard.
Cas tambahan jika penggunaan kabel optik melebihi 100 meter dari rumah ke tiang terdekat atau permintaan untuk installation bukan standard.
Digi Internet Freedom 90 (50Mbps)
Pakej terendah jalur lebar yang ditawarkan oleh Digi.
Untuk mendaftar secara online, periksa dahulu liputan di kawasan anda kemudian boleh terus daftar.
Liputan: Periksa liputan di kawasan anda.
Tawaran lain: Pilihan untuk ambil sekali dengan plan postpaid mobile phone Digi serendah RM38 sebulan.
Kontrak: 24 bulan kontrak. Kalau nak tamatkan awal kena bayar RM500.
Cas pemasangan: Tiada cas pemasangan akan dikenakan untuk pemasangan standard.
Cas tambahan untuk pemasangan bukan standard, melebihi 15 meter dari dinding masuk ke modem dan lebih 2 meter dari modem ke router.
Tiada cas dikenakan kalau nak pindah tempat/rumah akan tetapi kontrak anda akan kembali ke asal @ 24 bulan.
Comments
Post a Comment