Ciri-ciri pemilihan CCTV yang baik
Sebelum membuat pemasangan cctv, ketahui ciri-ciri pemilihan cctv yang baik. 1. Kualiti vs modal Kebanyakan pelanggan lebih mementingkan harga berbanding kualti kamera itu sendiri. Harga cctv bergantug kepada kulaiti dan fungsinya. Anda perlu membuat pilihan yang tepat untuk mengenal pasti kualiti dan fungsi cctv yang anda pilih, kerana kebiasaanya pelanggan lebih memilih kos yang rendah. Oleh itu, kualiti cctv perlu dilihat dan dikaji dari sudut resolusi (HD /Full HD), kejelasan gambar dan video, penglihatan malam, audio, pengesan pergerakan dan sebagainya. 2. Penggunaan CCTV indoor atau outdoor Teknologi yang canggih pada masa kini telah mengeluarkan pelbagai jenis dan fungsi cctv. Terdapat beberapa jenis penggunaan cctv seperti dalaman (indoor), luaran (outdoor) dan kedua-duanya (indoor/outdoor). Penggunaan cctv dalaman (indoor) adalah lebih terl...