6 lokasi CCTV terbaik di rumah anda

 

 
Mungkin anda tidak pasti dalam menentukan lokasi terbaik untuk kamera CCTV di rumah Anda? Berikut adalah 6 lokasi CCTV terbaik untuk agar rumah anda tetap selamat dari gangguan yang mungkin muncul.

✓ PINTU DEPAN

Diperkirakan 34% pencuri masuk ke rumah melalui pintu depan, sehingga anda pasti ingin memasang salah satu kamera CCTV anda di situ. Untuk mencegah pencuri cepat melumpuhkan kamera CCTV anda, lokasi CCTV terbaik adalah dengan memasangnya di bawah lantai balkoni (jika rumah dua tingkat) yang mengahala terus ke pintu depan. Jika rumah anda hanya memiliki satu tingkat saja, pertimbangkan memasang pelindung tambahan untuk melindunginya dari lemparan batu, tongkat, atau senjata lainnya oleh perompak/pencuri.

✓ PINTU BELAKANG / PINTU SISI

Data menunjukkan sekitar 22% pencuri masuk melalui pintu belakang dan anda perlu meletakkan CCTV di sini. Kata lainnya, pasang CCTV di setiap pintu masuk. Juga upayakan untuk menempatkan kamera anda jauh dari jangkauan tangan atau dengan meletakkan pelindung agar ia tidak mudah dicapai atau di baling batu/di penggal. Untuk CCTV outdoor anda perlu memilih CCTV yang tahan cuaca (weatherpoof camera) yang dilengkapi dengan infrared dan night vision.

✓ TINGKAP YANG TERSELINDUNG

Pencuri sering masuk rumah dengan membuka/memecah tingkap sisi atau belakang kerana kebiasaannya tingkap sisi dan belakang agak tersembunyi dan sukar diperhatikan oleh jiran-jiran. Dengan memilih tingkap yang tidak kelihatan dari jalan akan memperkecil kemungkinan mereka terlihat dan memberi banyak waktu bagi mereka untuk menjalankan aktiviti mereka. Tempatkan kamera pada setiap area di rumah anda yang terdapat tingkap yang tidak dapat dilihat dari jalan.

✓ HALAMAN BELAKANG / PAGAR BELAKANG

Halaman belakang rumah anda juga perlu dipasang CCTV lengkap dengan Motion Sensor, Night Vision untuk melindungi rumah dan barang-barang anda. Jika halaman belakang rumah anda dipagari, pastikan kamera menghala terus ke pagar masuk tersebut.

✓ BASEMENT, SILING DAN TANGGA

Banyak ruang bawah tanah/syiling dan tangga yang memiliki akses ke pintu atau tingkap kecil yang cukup besar untuk merangkak. Dengan menempatkan kamera di tangga yang menghala ke ruang bawah tanah maka anda dapat mmerakam aktiviti pencuri yang menyelinap masuk ke dalam rumah anda melalui ruangan sempit seperti ini.

✓ GARAJ/PORCH/BALKONI

Pemasangan CCTV kamera pada garaj harus mampu meliputi jalan masuk dan bahagian dalam garaj. Di balkoni juga perlukan CCTV kerana kebiasaannya rumah yang mempunyai balkoni depan dan belakang lebih memudahkan pencuri untuk masuk ke dalam rumah.

Comments

Popular posts from this blog

Melindungi dengan Windows Security

Tips to take care your laptop's battery

Langkah Terbaik Memilih Laptop Terbaik untuk Reka Bentuk Grafik