Ciri-ciri pemilihan CCTV yang baik

Sebelum membuat pemasangan cctv, ketahui ciri-ciri pemilihan cctv yang baik.

1. Kualiti vs modal


​Kebanyakan pelanggan lebih mementingkan harga berbanding kualti kamera itu sendiri.

Harga cctv bergantug kepada kulaiti dan fungsinya. Anda perlu membuat pilihan yang tepat untuk mengenal pasti kualiti dan fungsi cctv yang anda pilih, kerana kebiasaanya pelanggan lebih memilih kos yang rendah.

​Oleh itu, kualiti cctv perlu dilihat dan dikaji dari sudut resolusi (HD /Full HD), kejelasan gambar dan video, penglihatan malam, audio, pengesan pergerakan dan sebagainya. 

2. Penggunaan CCTV indoor atau outdoor

Teknologi yang canggih pada masa kini telah mengeluarkan pelbagai jenis dan fungsi cctv. Terdapat beberapa jenis penggunaan cctv seperti dalaman (indoor), luaran (outdoor) dan kedua-duanya (indoor/outdoor).

Penggunaan cctv dalaman (indoor) adalah lebih terlindung seperti dalam rumah atau bangunan di mana kawasan yang tidak terdedah oleh hujan dan panas.

CCTV kegunaan luaran (outdoor) merupakan cctv yang tahan hujan dan panas serta kos nya lebih tinggi berbanding cctv dalaman (indoor). Ini kerana, cctv jenis luaran dilengkapi dengan IP66 iaitu tahan cuaca (weatherproof).

Terdapat juga cctv yang boleh digunakan untuk luaran dan dalaman (indoor & outdoor). CCTV jenis ini adalah lebih canggih berbanding cctv yang lain. CCTV jenis ini memiliki bateri yang boleh dicas semula (rechargeable battery) dan digunakan bersama solar panel. 

3. Gambar dan video

Pemilihan cctv yang mempunyai resolusi yang baik amatlah penting untuk mendapatkan gambar dan video yang lebih jelas. Hal ini kerana, ia boleh dijadikan sebagai bukti sekiranya berlaku sesuatu kemalangan.

​Bagi mendapatkan gambar dan video yang terang lagi jelas, pemilihan cctv hendaklah sekurang-kurangnya mempunyai resolusi 1MP atau 720p di mana gambar dan video boleh dilihat secara HD. 

4. Penglihatan malam

Penglihatan malam (night vision) sangat penting bagi mendapatkan imej yang jelas pada waktu malam.

CCTV yang memiliki fungsi pengesan pergerakan (motion detector) juga penting untuk anda yang menginginkan pengawasan yang lebih pada waktu malam.  Ini kerana, cctv akan terus merekod video sekiranya pergerakan dikesan.

Comments

Popular posts from this blog

Melindungi dengan Windows Security

20 Shortcut Key di Windows 10

Tips to take care your laptop's battery