Manfaatkan teknologi sambut hari raya
Manfaat kecanggihan teknologi
Aplikasi Zoom yang digunakan sebagai alternatif bagi perhimpunan sesama keluarga untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Raya pada tahun ini ternyata jauh berbeza daripada sebelumnya kerana pada kebiasaan dan kelazimannya dari turun temurun tradisi kunjung-mengunjungi sesama keluarga dan saudara-mara merupakan amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri.
Sehubungan itu, tahun ini rakyat telah menggunakan kecanggihan teknologi masa kini, aplikasi Zoom untuk berhubung dengan mereka yang tinggal di seberang negara.
Ini adalah dugaan dan ujian Allah SWT untuk kita semua beristiqamah terhadap apa yang kita semua alami pada masa ini dan berikhtiar serta berusaha membendung penularan pandemik yang membahayakan semua orang,
Dengan menggunakan kecanggihan teknologi terkini, sesiapa sahaja dapat berinteraksi dan berhubung antara satu sama yang lain walau di mana pun keberadaan dan masa. Jalinan kekeluargaan tetap dapat dikukuhkan meskipun berada jauh di tempat yang berasingan.
Penggunaan telefon ini juga sering kali dijadikan sebagai perantaraan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya sebagai ganti penggunaan kad raya yang ketika dahulu sering digunakan dan menjadi satu tradisi bila menjelangnya sahaja hari raya.
kita sama-sama menikmati pelbagai kemajuan teknologi yang sedang
berkembang pesat ketika ini, kita perlu terus beringat agar tidak
terleka dalam arus kecanggihan teknologi, di mana kita perlu
menggunakannya dalam perkara-perkara yang bermanfaat dan yang memberi
kemudahan serta kesenangan bersama kepada semua.

Comments
Post a Comment