PENJAGAAN RUTIN HARIAN UNTUK PC

1. Install Antivirus

Software antivirus ini bertanggungjawab untuk melindungi computer anda daripada pelbagai jenis bahaya. Ada yang percuma, dan ada juga yang berbayar. Dan lebih baik anda bayar sedikit daripada bayar lebih banyak untuk mendapatkan semula data dan juga Windows anda kembali.

2. Update komputer 

Jika anda mengunakan komputer dengan Windows 10 yang original, lebih baik anda update untuk mengurangkan glitches dan juga bug yang ada pada Windows.

3. Jalankan Maintenance

Langkah ini peling penting untuk menjaga laptop anda. Anda boleh melakukan Disk Cleanup untuk membuang sebarang data yang anda tidak perlukan, dan juga anda boleh menggunakan Disk Defragment untuk menyusun semula fail-fail pada komputer anda.

4. Bersihkan keyboard

Ianya agak normal untuk makan sambil menggunakan komputer tetapi anda perlu hentikan tabiat buruk ini. Cebisan-cebisan makan ini boleh merosakkan komponen dalam keyboard.



5. Lap skrin monitor

Oleh kerana anda akan kerap menggunakan PC dan anda pelulah membersihkan skrin agar anda boleh melihat dengan jelas tanpa sebarang gangguan. Gunakan kain jenis micro-fibre untuk mengelakkan skrin daripada calar.

6. Buang habuk daripada PC

Kipas mengurangkan haba yang ada pada PC, dan habuk yang terlekat pada kipas boleh memperlahankan kipas dan seterusnya boleh menyebabkan haba tak tertampung. Jika anda tidak boleh membersihkan sendiri, anda boleh hantar ke kedai untuk diservis.



Comments

Popular posts from this blog

Melindungi dengan Windows Security

20 Shortcut Key di Windows 10

Langkah Terbaik Memilih Laptop Terbaik untuk Reka Bentuk Grafik