Perkara yang membuat Wifi anda bergerak lambat
Ramai orang komplen internet slow, signal wi-fi tidak kuat dalam bilik atau tempat yang jauh dari modem.
Signal wi-fi tak kuat secara terang-terangan ini masalah hardware -
Masalah ni sebenarnya boleh diselesaikan dengan mudah kalau kita tahu
punca-puncanya.
- Router yang lemah
- Router diletakkan dalam tempat tertutup
- Rumah besar/banyak dinding/banyak tingkat
- Banyak sangat device dalam satu wi-fi yang sama
- Network adapter/penerima kat PC korang yang lemah
Biasanya TM, Time atau Maxis (ISP) akan bagi router yang sesuai dengan
kelajuan pakej yang korang langgan. Isu pakai router lemah ini muncul bila
korang baru sahaja ditawarkan speed upgrade. Lepas upgrade pakej, kalau
diperlukan, biasanya ISP akan jadualkan technician untuk datang dan
upgrade anda punya router. Call customer service ISP korang untuk
check perlu upgrade router atau tidak. Kalau diorang cakap perlu nanti
diorang jadualkan technician untuk datang.
Ada orang suka letak router belakang almari dekat dinding lah, dalam almari kaca lah. Bila ada benda menghalang signal, kurangkan kekuatan signal. Letak elok-elok. Kalau router tu dalam tempat penuh habuk pun dia overheat, sebabkan wi-fi korang slow. Letak router di tempat yang optima untuk pemancaran signal dan bagi router tu bernafas.
Kalau duduk rumah besar, banyak bilik/dinding, 2-3 tingkat, biasanya router pun struggle nak pancarkan signal yang kuat untuk cover semua tempat.
Bayangkan ramai orang dalam rumah pasang laptop main game sesama guna satu line wi-fi yang sama. Ada yang selalu asyik download movie, kita punya jadi slow. Kebanyakan router yang kita guna sekarang ni hanya mampu berkomunikasi dengan satu wi-fi device pada satu masa je. Kalau banyak device yang bersambung dengan wi-fi yang sama, dapatlah kita merasa network congestion.
Kita pakai pakej internet laju tapi komputer korang yang tak laju.
Solusi dia, upgrade komputer dekat rumah anda. Belilah wi-fi
adapter (wi-fi receiver) yang laju. Contohnya jenis tulis AC1200. Tak
kira jenama, beli jenis AC1200 at least, barulah sedap nak guna dengan
plan 300Mbps dan boleh guna wifi 5GHz.
Comments
Post a Comment