Raya dengan eWallet di waktu PKP


Memandangkan penularan virus Novel Koronavirus (COVID-19) masih berlaku dalam negara kita serta di serata dunia pada ketika ini, tidak wajar sekiranya segala jenis aktiviti di tempat kerja seperti mesyuarat, bengkel, seminar, dan segala bentuk aktiviti dibenarkan untuk dilaksanakan dilakukan secara bersemuka ataupun secara fizikal di tempat kerja. Zaman sudah pun berubah. Pada zaman moden kini, pelbagai jenis kemudahan serta aplikasi moden dalam talian sudah wujud bagi memudahkan urusan semua pihak. Dengan wujudnya komputer, telefon pintar serta internet, semua pihak boleh melakukan aktiviti harian dengan lebih mudah, cepat serta berkesan. Segala kemudahan serta aplikasi moden dalam talian yang wujud perlu digunakan dengan sepenuhnya oleh semua pihak. Segala kemudahan serta aplikasi moden dalam talian ini tidak boleh dijadikan sebagai bahan perhiasan semata-mata ataupun alat yang hanya digunakan ketika kita sedang hadapi waktu darurat sahaja seperti ketika penularan wabak dan perintah kawalan pergerakan. Segala kemudahan dan aplikasi moden dalam talian ini perlu digunakan sepenuhnya pada setiap masa kerana ia memberi banyak manfaat dan kebaikan bukan sahaja pada diri individu pekerja itu sendiri malah kepada orang ramai yang berurusan dengan pihak pekerja itu.

Amalan pemberian duit raya dalam kalangan masyarakat Melayu sudah tidak asing lagi.
Aktiviti menghulurkan duit raya secara tidak langsung melibatkan komunikasi secara rapat.
Namun, bagi memaksimumkan keselamatan diri dengan jarak sosial, amalan memberi duit raya kini lebih mudah jika hanya memindahkan wang secara dalam talian.
Aplikasi e-pembayaran ‘Touch n Go eWallet’, umpamanya, antara platform digital yang menawarkan kemudahan memindahkan duit raya tanpa tunai (cashless) dan tanpa sentuh (contactless).
Cara yang lebih cepat ini mungkin boleh dipraktikkan kepada sanak saudara yang tidak dapat balik beraya pada tahun ini.

Comments

Popular posts from this blog

Melindungi dengan Windows Security

Tips to take care your laptop's battery

Langkah Terbaik Memilih Laptop Terbaik untuk Reka Bentuk Grafik