Apa Kepentingan CCTV di Rumah??
Sebab kenapa wajib pasang CCTV adalah kerana mengambil langkah untuk melindungi insan tersayang daripada sebarang masalah, pilihan tepat yang perlu dilakukan. Ini kerana terdapat banyak kes ngeri yang berlaku melibatkan anak-anak dalam kemalangan, kecurian, jenayah yang boleh berlaku bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Dalam hal ini, pernahkah anda terfikir sama ada kamera CCTV ini wajib atau tidak untuk anda? Ini antara tiga sebab kenapa anda wajib pasang CCTV di premis anda.
1. Melindungi anak-anak dan harta berharga.
Nyawa anak tiada gantinya. Begitu juga dengan harta-benda anda yang mempunyai nilai yang tinggi. Sekiranya anda mempunyai pembantu rumah yang menjaga anak-anak anda, atau sekiranya anak-anak anda yang dewasa tinggal bersendirian di rumah, pantaulah mereka dengan kamera CCTV bagi memastikan keselamatan mereka terpelihara.
2. Mencegah berlakunya jenayah di premis anda.
Premis yang digemari penjenayah adalah premis yang tidak dipantau. Kewujudan kamera CCTV di premis dapat membantu menggagalkan niat jahat penjenayah untuk menceroboh kawasan premis anda. Di taska juga penting untuk memasang kamera CCTV bagi mencegah berlakunya penculikan kanak-kanak.
3. Memastikan pekerja jujur dan amanah.
Disiplin dalam kalangan pekerja dapat dibentuk dengan kewujudan kamera CCTV di dalam pejabat atau kawasan bekerja. Ia dapat menggalakkan pekerja dan pelanggan menjaga tingkah laku di premis perniagaan anda. Selain itu, dengan wujudnya kamera CCTV pada pandangan pelanggan akan mencetuskan perasaan selamat apabila berurusan di premis perniagaan anda terutamanya di waktu malam dan di waktu sunyi.
Comments
Post a Comment