Tips menjaga monitor dari sebarang masalah

Tips pilihan dikongsikan kepada anda untuk memelihara monitor anda dari sebarang kerosakan atau masalah yang tidak diingini. Anda mungkin saja tidak mahu duit anda dibazirkan bagi membaiki monitor yang rosak, malah jika terlalu serius anda mungkin terpaksa membeli monitor yang baru. Dengan harga barang yang semakin meningkat sama-sama kita berjimat dengan tips yang diberikan.


1. Gunakan penstabil voltan eletrik Bagi monitor anda,biarpun mahal asalkan selamat untuk monitor anda dari perlu melaburkan duit bagi monitor yang baru.

2. Jangan biarkan monitor anda dalam mood standby,seeloknya matikan monitor anda dari terus hidup walaupun tidak digunakan agar power supply monitor tahan lama.

3. Jangan tempatkan monitor anda disudut-sudut yang mudah terjatuh,berikan ruang dalam bagi monitor anda untuk mngelak ianya terjatuh.Mungkin saja akan membuat LCD/LED monitor anda pecah.

4. Jika anda pengguna yang tegar,menggunakan komputer hingga 24jam lebihnya.Pakailah monitor AC power adapter cords.Pakailah mengikut kesuaian monitor anda.

5. Aturkan Screen saver pada komputer anda agar muncul dalam lingkungngan 10 atau 15 minit.Ianya dapat memberikan jangka hayat yang panjang buat monitor anda.

6. Rajinlah dalam membersihkan layar monitor anda menggunakan kain-kain halus berserta sedikit alkohol setidak-tidaknya sebulan sekali.

7. Gunakan LCD cleaner bagi membersihkan debu-debu dilayar monitor anda sekiranya anda menggunakan LCD monitor seperti mana yang ada pada notebook dan juga laptop.


Comments

Popular posts from this blog

Melindungi dengan Windows Security

Tips to take care your laptop's battery

Langkah Terbaik Memilih Laptop Terbaik untuk Reka Bentuk Grafik