Tips untuk memaksimumkan kelajuan wifi rumah anda
Apa yang boleh dilakukan pada pihak anda adalah bahagian terakhir iaitu router. Adakah anda selalu menghadapi masalah dibawah seperti
- Talian kerap terputus
- Talian Internet lembab
- DSL tidak stabil
- Menelefon 100 tapi masalah tidak selesai
Secara asasnya, kita beroleh capaian internet daripada router menerusi dua saluran iaitu kabel dan Wi-Fi. Anda perlu memastikan perkakasan anda menyokong kelajuan yang anda inginkan. Contohnya, jika anda melanggan Unifi 100 Mbps, antara yang perlu diberi perhatian adalah:
- Router ada port WAN yang menyokong data berkelajuan 100 Mbps daripada modem
- Router ada port LAN yang menyokong capaian 100 Mbps
- Kabel LAN yang menyokong capaian 100 Mbps
- Router dengan keupayaan memancarkan Wi-Fi sepantas 100 Mbps
- Port LAN pada klien (i.e TV pintar atau komputer) menyokong capaian 100 Mbps
- Peranti yang ingin bersambung dengan Wi-Fi mampu menerima sambungan 100 Mbps
Jika salah satu daripada perkara ini tidak dipenuhi, alamatnya internet anda mungkin dilambatkan oleh komponen yang tak mampu menangani kelajuan sepantas itu.
Gunakan kabel LAN
Sambungan kabel adalah yang paling kuat dan ideal kerana tiada gangguan gelombang berlaku yang boleh merosakkan pakej data yang dihantar. Tambahan pula, menggunakan sambungan kabel aliran datanya, tidak perlu ditala kepada penerima kerana laluannya telah ditetapkan iaitu kabel itu sendiri.
Jadi, jika anda mahukan sambungan yang stabil, kabel LAN adalah jawapannya.
Gunakan HomePlug
Tapi jika peranti anda berada jauh daripada router untuk menarik kabel, anda boleh gunakan homeplug. Alat ini akan menukarkan pendawaian elektrik di dalam rumah anda menjadi satu jaringan LAN yang luas.
Contohnya, TV pintar anda berada di tingkat bawah manakala router di tingkat atas, anda hanya perlu menggunakan dua kabel LAN, satu daripada router ke homeplug A dan satu lagi daripada homeplug B ke TV.
Bukan saja anda beroleh sambungan kabel antara router dan TV, anda juga tidak berdepan dengan masalah kabel yang berpintal. Tapi, anda perlu juga berikan perhatian kepada jenis kabel LAN yang digunakan. Pastikan anda menggunakan Cat5e dan keatas untuk menikmati sambungan melebihi 100 Mbps.
Comments
Post a Comment