TIPS JIMAT MENGGUNAKAN PRINTER

TIPS JIMAT MENGGUNAKAN PRINTER


TUJUAN / KEGUNAANNYA 

Pertama sekali sy akan tanya apakah tujuan korang nak beli printer? Adakah utk kegunaan peribadi @ kegunaan pejabat? supaya printer yg korang cari sepadan dgn keperluan korang.

Jika untuk kegunaan pejabat, sy cadangkan printer laser kerana ianya sesuai untuk kegunaan lasak dan banyak.

BERAPA KERAPKAH JUMLAH PERCETAKAN

Sememangnya yang kita ketahui, jika untuk kegunaan pejabat sudah tentu jumlah cetakannya agak banyak dan kerap berbanding kegunaan peribadi.. Kadang2 ada juga yang guna untuk peribadi tapi cetakan banyak seperti yang buat bisnes online dari rumah... So sy cadangkan korang guna printer jenis laser atau printer dakwat murah (ink efficient).

APA FUNGSI YANG DIKEHENDAKI

 Ada beberapa fungsi pada printer antaranya :-

  • satu fungsi iaitu print sahaja.
  • 3 in 1 iaitu print, scan & photostat.
  • 5 in 1 iaitu print, scan, photostat, fax, wifi & bluetooth.

tapi yang paling famous dan paling bnyk digunakan sekarang ialah 3 in 1... kerana printer 5 in 1 harganya masih melambung tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh sesetengah pengguna..

KOS PENJAGAAN YANG BAIK

Seperti yg korang sedia maklum lah, printer laser agak mahal harga tonernya berbanding printer biasa.. Oleh itu sy syorkan hanya utk kegunaan pejabat sahaja...

Bagi printer tangki luar pula ianya agak cerewet utk penjagaan, pastikan korang tahu baik buruknya dulu... cuma skrg ni bnyk printer dakwat murah yg tangki terus didalam printer seperti Brother, canon, yg ini agak baik la berbanding dakwat luar macam dulu2.

WARANTI

Selalunya printer akan dapat 1tahun jaminan, tapi sekarang ini ada juga yg memberi 3tahun jaminan... so nasihat sy pastikan korang tahu status waranti setiap printer dan cara utk menebus waranti tersebut sebelum membelinya...

BONUS : TAK PERLU BELI PRINTER 5 in 1 PUN BOLEH PRINT GUNA NETWORK SHARING

Korang tahu tak, skrg ni zaman dah canggih... bnyk betul perubahan berkembang pesat mengikut kemodenan arus... skrg ni ada cara bagaimana nak print guna network saja tanpa perlu guna cable, siap boleh print melalui smarphone lg tau dan tanpa perlu beli printer mahal yang ada wifi or bluetooth..

 

 


Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Skrin Komputer Riba

PERBEZAAN ANTARA TABLET DAN IPAD

Apa perbezaan antara modem dan penghala(router)?