CARA MENGATASI LAPTOP HANG

 CARA MENGATASI LAPTOP HANG


Mungkin kita pernah hadapi masalah macam laptop lambat loading atau hang. Sebagai pengguna tentu saja kita tak suka atau tak selesa dan mungkin boleh berasa marah jika perlu berhadapan dengan situasi berikut. Sebenarnya ada beberapa punca kenapa laptop sering lambat dan hang. Dibawah ini kami sertakan beberapa cara untuk mengatasi laptop hang atau lambat :


1. UNINSTALL APLIKASI YANG TAK PENTING

Uninstall aplikasi yang tak penting. Install banyak aplikasi dalam laptop akan memberatkan memori dan ruang dalam fail simpanan. Jadi, sebagai pengguna yang bijak, korang disarankan install aplikasi yang perlu sahaja.

2. ELAK BUKA PELBAGAI APLIKASI/ WEB PADA MASA YANG SAMA

Laptop lambat dan hang adalah disebabkan pengguna yang sering menjalankan kerja secara multitask. Ini bermakna pengguna membuka dan menjalankan beberapa aplikasi berat secara serentak yang pada akhirnya akan mengakibatkan laptop hang. 

Kalau pengguna buka terlalu banyak tab, kemudian jalankan aplikasi game dan photoshop serentak. Oleh sebab itu, laptop RAM dan prosesor menjadi berat dan menyebabkan lambat bekerja. 

Sekiranya spesifikasi RAM pengguna sangat minimum, contoh 2GB RAM sahaja sudah pastinya laptop anda akan berfungsi dengan lambat. Oleh itu, elakkan membuka aplikasi dengan banyak.  

3. BERSIHKAN CACHE DAN FAIL 

Bersihkan juga cache atau fail sementara, sama ada dari penyemak imbas Mozilla Firefox atau Google Chrome, ke fail sementara yang disimpan pada hardisk komputer.

Dengan membersihkan cache maka ruang hardisk akan menjadi lebih cekap, dan prestasi penyemak imbas apabila membuka internet lebih cepat.

4. UPGRADE RAM

Upgrade RAM dari spek yang kecil kepada spek yang lebih besar. Sekiranya laptop hanya menggunakan RAM 2GB, pengguna disarankan upgrade RAM tersebut kepada 4GB. Oleh itu, masalah seperti laptop lambat loading atau hang dapat di kurangkan sekiranya laptop tiada masalah pasal hardisk.

5. BETULKAN HARDISK 

Hardsik yang rosak akan menjadikan komputer atau laptop jadi lambat dan menyebabkan hang. 

Pada laptop yang mempunyai hardisk yang rosak dan sering mengalami masalah windows tidak boleh masuk pada boot pertama. 

Untuk mengatasi masalah ini,pengguna perlu semak hardisk dari command prompt atau cmd. 

6. MATIKAN CIRI-CIRI KEMASKINI AUTOMATIK WINDOWS

Ciri Windows update secara default telah diaktifkan di sistem Windows. Jika ciri ini aktif maka setiap kali pengguna menyambung ke internet, sistem akan memeriksa sama ada terdapat fail windows yang mesti dikemas kini. Ini bermakna pengguna akan memuat turun fail kemas kini dan menjalankan fail kemas kini. 

Untuk itu, pengguna harus mematikan ciri kemas kini Windows melalui panel kawalan.

7. GUNAKAN APLIKASI CCLEANER

Ccleaner adalah perisian percuma yang mempunyai keupayaan kuat untuk membersihkan file sampah dan sejarah. Pengguna boleh menggunakan Sofwae Ccleaner untuk membuat komputer berfungsi lebih cepat.

8. INSTALL ANTIVIRUS/ANTI ADWARE

Malware dalam bentuk virus atau adware adalah program berniat jahat yang sengaja dibuat untuk menjangkiti komputer dan fail pendua. Bukan hanya adware itu juga salah satu daripada varian malware yang selalu membawa iklan apabila anda membuka pelayar internet.

Program ini tentunya sangat mengganggu dan menjadikan komputer lambat atau perlahan. Untuk membetulkannya sila pasang salah satu antivirus dan anti adware terbaik, contohnya AVG, Kaspersky, Norton, Symantec dan lain-lain.



Untuk anda yang sedang hadapi masalah seperti diatas, boleh direct contact dengan kami di Himex Sdn Bhd sebab kami telah memperkenalkan satu servis baru dimana boleh selesaikan masalah anda hanya dari rumah sahaja. Kami adalah satu-satunya syarikat yang menjalankan servis laptop/ komputer secara atas talian. Menarikkan? Jadi tunggu apa lagi, dapatkan kami sekarang di :

WhatsApp : 0176295184

Website : https://himex.net.my

Facebook : Himex Sdn Bhd

Instagram : Himexsdnbhd

Blogspot : himexsdnbhd.blogspot

YouTube channel : Himex TV

JOIN GROUP TELEGRAM KAMI UNTUK UPDATE MENGENAI SUPPORT IT : 

#HimexKazokuIT






















    Comments

    Popular posts from this blog

    Cara Penggunaan Skrin Komputer Riba

    PERBEZAAN ANTARA TABLET DAN IPAD

    Apa perbezaan antara modem dan penghala(router)?