KENAPA PERLU PILIH SSD?

 


Sudah banyak kali hantar ke kedai tapi laptop masih lembab?

Bermacam cara telah dilakukan tetapi masalah masih berulang?

Anda mungkin salah seorang yang menghadapi masalah berikut:

  • program selalu “hang” atau “freeze” ketika digunakan
  • games tiba-tiba “lag” tanpa sebab yang pasti
  • laptop masih lembab biarpun baru sahaja diformat
  • sudah tukar cakera keras (HDD) baharu tapi masalah tidak selesai

Jika masalah ini tidak diatasi, banyak kerja penting tidak dapat disiapkan dan menyebabkan produktiviti kerja anda terjejas teruk.

Jadi, and aboleh beralih kepada pemilihan SSD untuk laptop anda.

Kenapa anda perlu beralih cinta kepada SSD?

1. kelajuan membaca dan menulis 20 kali lebih pantas berbanding dengan cakera keras (hard disk) biasa

2. melajukan boot up laptop kurang daripada 10 saat

3. lebih lancar dan responsif seperti start up, shut down, salin fail, guna pelayar Internet dan imbas virus

4. penggunaan perisian seperti PhotoShop, Lightroom dan Premiere sangat responsif dan mampu meningkatkan produktiviti

5. melajukan proses loading ketika bermain games

6. menjimatkan penggunaan bateri laptop

7. tahan lasak dan kurang risiko kehilangan data sekiranya terjatuh kerana tiada komponen mekanikal yang bergerak

8. lebih ringan, senyap dan sejuk

Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Skrin Komputer Riba

PERBEZAAN ANTARA TABLET DAN IPAD

Apa perbezaan antara modem dan penghala(router)?