PUNCA LAPTOP SELALU HANG

 PUNCA LAPTOP SELALU HANG



1.Terlalu banyak programs running

Jumlah program yang sedang digunakan harus sesuai dengan jumlah RAM anda. Jika jumlah RAM anda rendah, anda perlu bersabar dan kurangkan programs yang sedang running pada laptop anda.

2. Hard disk yang rosak

Salah satu punca terbesar masalah ini adalah disebabkan hard disk, dan anda boleh gunakan Hard Disk Sentinel untuk semak keadaan hard disk anda.

3. Virus atau Windows yang bermasalah

Virus boleh menyebabkan laptop kita menjadi bermasalah kerana ia menggunakan resources pada laptop kita, menjadikan laptop kita tidak mengikut arahan dengan baik, dan kerap tersangkut.Windows yang bermasalah juga boleh menyebabkan masalah ini, mungkin anda terdelete fail penting untuk Windows, ataupun update tak habis.



5. Browser Add-On Atau Extension

Banyak sangat browser add-on atau extension tak elok sebenarnya. Sebab ada sebahagian add-on atau extension ini boleh memudaratkan prestasi laptop, tapi bukan semua. Apa yang anda boleh lakukan adalah delete add-on atau extension yang tak berguna dari browser anda. Download aplikasi dari website yang dipercayai. Baca terma dan syarat sebelum download atau sebelum install sebarang program.

6. Penggunaan program yang memerlukan spesifikasi laptop yang tinggi

Jika laptop anda tidak mempunyai spesifikasi yang sesuai untuk program rendering seperti AutoCAD, lebih baik anda elakkan daripada install program tersebut pada laptop anda. Ini kerana program yang berat juga boleh menyebabkan laptop anda menjadi lembab. Dan jika anda cuba untuk run program tersebut, laptop anda juga berkemungkinan akan crash.

7. Startup program

Startup program merupakan program yang berjalan secara automatik apabila operating system berjalan (Windows). Tapi tak semua program yang anda perlukan setelah anda hidupkan laptop dan program-program ini hanya akan melembabkan laptop anda. Apa yang anda boleh buat adalah dengan disablekan start up program yang anda tak perlu, sekiranya anda memerlukan program tersebut, baru lah anda buka program tersebut. 


Comments

Popular posts from this blog

Cara Penggunaan Skrin Komputer Riba

PERBEZAAN ANTARA TABLET DAN IPAD

Apa perbezaan antara modem dan penghala(router)?